Thursday, July 9, 2009

Ahh, puas.

Diorang kata megan fox panas.
Aku pergi tengok megan fox yang panas tadi.
Ya, dia panas.
Tapi aku sejuk.
Dey, tak boleh kuatkan air-cond dalam TGV lagi ke?
Kitorang tak cukup beku la dey.

Dah membara dah telinga aku dengar orang dok cucuk line nak cerita plot transformers kat aku.
Plus, dah banyak plan tak menjadi.
Jadi jugak aku tengok akhirnya hari ini.

Cik megan, kau memang hot.
Tapi, I prefer my Miki-chan more.
Fujimoto Miki, jom kahwin?
Nanti aku convert duit jepun kau itu bila elaun praktikal aku masuk dan JPA kasi nafkah.
Lepas tu, straight I datang meminang you kat rumah you tu okay?

Tapi kan Megan, part slow mo kau lari tu sungguh menyegarkan lah.
Patut dia slow kan lagi dan terus pause 2 minit.

Yeah baby.

P/S: Habis lah aku kena pujuk Miki malam ni. Heheh.

Past.

Forgiving is man's best strength.

Long time ago, yeah when I was young. Younger than my age. Ya, aku percaya stand itu.
Memaafkan seseorang yang kita rasa dia salah, adalah sesuatu yang noble. Makes you feel really strengthful. Mulia. Gagah.
Dan hari ini, aku kembali semula mempercayai sesuatu yang aku sudah tinggal lama dahulu.
Bukan aku resist dari mempercayai stand itu sebelum ini, just aku cuma tidak alert tentang stand tersebut lagi. Sehingga lah sekarang. Ya, sebelum aku taip entri ini.

What's with forgiving?
Hah. Senang. Aku bukan manusia sempurna akal dan fikiran. Dan jangan fikir kau tak terlepas dari golongan ini. Kau juga sama saja. Tiada beza pun. Cuma aku lelaki yang tahu turunkan ego bila tiba masanya. Dan mungkin kau lelaki ataupun perempuan, aku tak kesah. Mungkin kau juga pandai turunkan ego, ataupun kau juga tak reti-reti nak stop blaming. Sebab aku tahu.
Kita tak sempurna. Akal dan fikiran.
Dan emosi.

Hari ini, aku membuat cubaan berani mati. Aku tahu, aku tiada lah semalaikat malaikat untuk tidak bermusuh. Bukan aku hendak bermusuh, but things just happens kan? Hell yeah it does.
Hari ini, aku cuba buat suatu perkara. Aku cuba minta maaf kepada segala pesalah yang terlibat dalam hidup aku lately. Or precisely to say that, recently lah. Erm, with several exceptions yang aku rasa tak perlu lah aku mention di sini. Tak nak pula keluar dari tajuk.

Kadang-kadang kau pun tak tahu kenapa kau rasa marah dengan orang kan?
Ye, bila awal-awal tu nafsu amarah kau itu kau tak pandai langsung nak simpan.
Tak pandai langsung nak beralah.
But then, after awhile, when you start using your brain, kita mula sedar.
Tiada orang yang salah sebenarnya.
Stop blaming.
It'll help you forget everything in the past.
Don't ever think that only you have what it takes to be mad at the world.
Because everyone else does too.
Includes me, myself.
Trust me.

Well, early tonight, aku minta maaf kat kawan aku. Ya, aku tahu kami sudah berbaik. But not officially. But things have been spinning around in my head. Dah lama. But baru tergerak hati nak buat. So, aku officially pergi kat dia. Face to face. And then, aku cakap yang aku nak officially berbaik dengan dia. Dan aku salam tangan dia. A handshake of peace. of friendship.
Dan aku tiada rasa malu di sini nak katakan aku memang tahu yang dia seorang kawan yang baik yang aku tinggal dulu. Dan ya, he's the victim not me. I'm the one who should be blamed. Blame me please.

Later that night, aku cuba berbaik dengan seorang lagi kawan. But I'm not accusing anything. Just that maybe dia tak dapat YM aku kot. And she didn't reply. Or think at the brighter side lagi, she's already asleep kot. Wah, memang banyak orang aku buat masalah bukan? But just hoping the positive results. Itu saja. Not more than that.

Tomorrow aku akan call kawan aku ada yang seorang lagi. Nak call hari ni, dah lewat. Pukul 4.45 a.m. Orang kata tak baik kacau mimpi orang lain. Kawan karib yang aku rasa mungkin sudah renggang dalam dua tiga minggu lepas atas sebab-sebab tertentu yang tak perlu aku tekankan kat sini. mahu confront sama dia but ear to ear lah. Because face to face is just quite impossible. And yeah, I do hope that things would go as planned.

Death seems to be closer and closer every day. Bagaimana kalau esok aku dah tak ada? Itu sebab aku minta maaf hari ini. Aku ada cuba taip entri tentang kematian. Banyak kali. Tapi aku delete terus. Dua tiga kali jugalah buat benda yang sama. Sebab aku takut.
Takut mati.

I did what I think I should do. People always say, follow your heart, do what you think is right.
And that's what I think is right.
I've made a change.
When would you?

Sunday, July 5, 2009

Haiku.

Things that make you wait,
Sometimes doesn't go as you wish.
Then just stop waiting.

P/S: balik kolej hari ni. dont really know there'll be an internet connection or not. stay tune for latest update. or perhaps I'll focus on completing my new blog and header. and maybe some other things that are in mind right now.

peace.no.war.

Saturday, July 4, 2009

Adios Saf, Asya,Syamira. Season 2

Dah bangun pukul 4,aku buat macam-macam.
Lepas edit pictures terus pukul 8 tadi aku pengsan.
Kena CPR dengan bidadari bunian pukul 10, baru bangun.
Oh bidadari, esok CPR aku lagi ya?Haha.
Weh, nah. Ni the rest of the pictures. 15 keping lagi untuk menjadi tontonan umum.
Tapi jangan risau. Semua dalam kategori U = UMUM.
Budak-budak nak tengok pun boleh. :)
Dah, malas nak cakap banyak. Zass~.



*Tiga gadis UNITEN


*Ohh~..








*Kumpulan gadis. Er, yang belah kanan yang tengah tengok luar tu bukan gadis. Jangan salah sangka okay?

Okay, sesi pergambaran tamat.
Yang nak blah masa ni, 3 orang je.
Tapi yang lain pulak gambar lebih-lebih.
Haha.
Nantikan gambar-gambar last day aku dengan Ihsan semalam okay?
Chow.

Semalam. Yesterday. Kinou. Ayer.

"Don't analyse
Don't analyse
Don't go that way
Don't lead that way
That would paralyse your evolution"

Aku setuju dengan Dolores O'riordan.
Lately, aku analyse too much.
Is it a gift or not?
Ceh.

Semalam aku balik lambat. Last day la katekan kat opis aku.
Balik pukul 8.40. sampai rumah dalam 9.20 lebih kurang gitu lah.
Call member, main YM, main Facebook(ha, ye.aku main facebook skarang.poyo kan?), tengok V for Vendetta kat TV3 atas kerusi empuk ayah aku. Last skali aku bangun-bangun aku dah ada kat atas katil. Oh, ya. Aku ada terjaga tapi tak larat langsung nak fikir ape, terus tido.
Ceh.

Sekarang pukul 5.55 pagi.
Nombor best. Nombor favourite aku. 3 in a row baby.
Tadi aku bangun pukul 4.40 a.m. Aku terjaga sebab mimpi entah apa-apa and pelik-pelik.
Terus tak boleh tido.
Ceh.

Pagi-pagi dah melayan Dolores aku. Pagi-pagi dah main lagu Light On, Fall for you, Zombie, Linger, Just my Imagination, Aku Skandal, Animal Instinct, Runaway Train, I will survive, Hero, Yellow, Closer. Oh, saja nak bagitahu korang sebab aku dah reti main lagu-lagu tu. Tapi instrumental je lah. tak ada orang nyanyi. Ala, yang macam kaset minus one yang orang pakai buat persembahan time kanak-kanak dulu. Ha, macam tu la. Lagipun sekarang aku dah buat kitab guitar tab yang aku cilok dari 911tabs, dan print di opis aku semalam. Last day, buat lah jahat kan? Pow opis habis2.
Ceh.

Aku nak out dah. Kat YM pun tak ada orang. Memang lah kan? Nama pun pukul 5 lebih. Orang gile je yang tak tido lagi. Tak pun, orang gile je yang dah bangun. Nak edit gambar Saf, Aisyah, Syamira punya last day minggu lepas. Ada lagi separuh selected pictures yang belum edit lagi. Ya, harap bersabar ya? Lepas tu nak buat header untuk blog ni. Oh ya, lupa pula. Nanti aku akan tukar link blog aku dalam masa terdekat ni. Nanti aku inform ya? Nanti kan~. Zass. (bajet melodi habis.)
Ceh.

Ding dong. Ding dong.

Thursday, July 2, 2009

Cis. dan cis lagi.

Cis. cis. cis. cis. dan Cheese.
tak ku sangka, post sebegitu menimbulkan kekontroversian pada diri sendiri.
adeh. buat pengetahuan semua, aku sahaja suka-suki post konon-konon poetry yang aku reka sendiri. ya, aku tahu tak sedap pun. haha.
sebab tu aku kata cobaan.
cobaan.
paham?

ataw mungkin aku tersalah kata sampai orang tersalah faham.
mungkin kot.

awek?
common, i'm no desperado kay?
i'm not saying that i wont have one forever.
but time comes when it comes.
don't force it.
ada paham?

move.forward.
move.on, baby!

Ridsect!
Tak beri peluang!

Mirage.

Cubaan pertama entri jiwang campur lost campur lonely. Bajet ala-ala Sonnet 18 lah kiranya. Cobaan saja ya? Macam harem. Mane tahu ada bakat nak lepak ngan Shakespere sambil minum Vanilla Shake cicah dengan kentang goreng berbentuk shoestring. Sedap juga tu. Ayuh, mulakan.

-----------------&-----------------

That night, there we stood.
There we were, together.
Together beside the dark blue ocean.
On the golden sand we sat, facing the dark blue ocean.
Feeling the breeze of the wind. It howls rhythmically.
Creating melodies of peace. Tranquility.
The moonlight showered her lovely face. As if it was glowing in the dark.
She smiled.

I held my guitar tightly. Strumming one chord and another.
The strings created a sensual poetic rhythm.
Which none could ever create.
While she sat there beside me, singing.
Crickets started to join us, creating an orchestra, singing choirs of background music.
And I never ever thought that I would like crickets. Until that day.
Her sweet little voice, conquered the howls of the wind.
Her sweet little voice, covered the lonely repeated sounds of the waves.
Her sweet little voice, was the sound from heaven. Telling me to keep on going.
Her sweet little voice, made me smile again and again. And again.

I said to her, "Keep smiling".
Because,
If she smiled. I would smile.
I expect nothing more than that.

But there is one thing that matters the most now.
'She' does not exist.

Or perhaps, not yet.

.
.
.


Fail. Mesti kena banyak membaca lepas ni.

P/S: Entri khas untuk Dolores. Sayang kau. Ya, Dolores sahaja.

Wednesday, July 1, 2009

Adios Saf, Asya and Syamira. Season 1

Hola!
Untuk pengetahuan semua, dah dua minggu tak pekena Nasi Beriani Pulau Meranti sebab dah 2 kali Jumaat ada makan free. Minggu sebelum ni Miera. Yang minggu lepas pulak Safra & Asya ada buat makan-makan. Almaklumlah, tempat praktikal aku ni belambak budak praktikal. Yang datang makan kat ofis Asya ni pun baru separuh yang kire ala-ala boleh tahan kenal lah jugak. Rapat tu boleh la jugak. (mana taknya, hari-hari mengadap muka yang sama, kalau kata tak kenal tu memang agaknya boleh lunch lauk kasut Nike aku lah kan?haha)

So, nak dibuat cerita, lepas makan, pergi lah tangkap gambar. Yang nak habis praktikal nya tiga orang gadis pingitan tu je. Tapi bergambar macam Farewell Party semua orang. Macam nak runtuhkan bangunan tu esok je nak pergi tangkap gambar sana-sini. Haha. Tapi memang fun. Bangunan tempat kerja aku ni dah macam mak ayah kitorang yang punye. Tapi mak ayah kitorang semua lain-lain? Ah, lantak lah. Nah, tengok lah gambar kitorang melompat sana sini. Ingat, ni baru part 1. Part 2 esok lusa lah. Okay geng?

*Asya and Biha
*Sawadikap. Pang prung prap.
*Bob, ape ko cube lakukan?
*Tin sardin pun tak pack macam ni.
*Ikut koordinat dari kiri: Shah, Ayie, Din, Bob the Builder, Acap, Biha, Ihsan, Asya, Imoi, Syamira, Aku, Liyana. *Shah terapung.
*Gambar lonely Ihsan yang tak lonely.
*Aku, Ihsan, Saf, Imoi, Asya.*Yang belah kiri korang tu nama dia Tomok. One in a million tu bai!

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca, tengok gambar, kutuk-kutuk muke-muke yang tak suitable,
Harap lah tulis komen.
Agagagaga~.
pantun lapan kerat.
Agak-agak aku ada bakat tulis Haiku tak?
Nanti nak cube lah.
Ngeeeeeeeee~

Parap pa pa paaaaaaa~.

Tuesday, June 30, 2009

Cibet lu Selkom

Zrrrt!Zrrrt!
Vibrakasi telefon bimbit aku bergetar. Terasa seolah-olah bumi turut sama bergetar. Pasu-pasu bunga juga goyang dengan getaran hebat ciptaan teknologi hebat alat komunikasi dari negara Jepun. Sebab tu Ultraman mampu menjadi besar dan tinggi. Sebab teknologi Jepun memang hebat.

Namun, mesej yang diterima bukanlah dari seseorang dari negara 'matahari merah di sebalik tabir putih' itu. Mesej dari operator. Mungkin mesin yang automatik dari talian khidmat pasca bayar aku. Ya, namanya Celcom. Ala, kawan karib Harith Iskandar tu. Skandal lama Maya Karin sebelum dia curang ke Nescafe yang anti-oksidan tu. Kopi pun skarang nak main ilmu sains kan? Cis.

Mesej dari Celcom 12032.
"Inginkan cinta abadi? Untuk ketahui rahsia mendapatkannya, langgani Transformasi Diri Drp Dr Fadzilah Kamsah dgn hanya RM1/seminggu. Hantar SS ke 22233 hari ini!"

Hell no. Tidak dalam seribu tahun. Itu pun kalau aku hidup lama. Cinta abadi? Heh. Dont tell me about those bullshitty crap no more. I ain't buying.

You want something bout love?
"True love is just filled with lies and bullshits all the way. If the guy ain't lying, the girl is. It makes you blind. Because they say love is blind. But what's worse is it makes you deaf and mute at the same time. So, it's just love. "
Untuk panduan cinta songsang. Hantarlah SS erti kata Syiok Sendiri ke 12345 hari ini! RM 0/selama-lamanya.

Haha. Jangan salah faham okay? Bukan aku anti-oksidan pada manusia berchenta. Tapi aku tak percaya manusia tu jujur sepenuhnya. Tidak percaya? Kita manusia. Judge yourself.

Take Care. Garnier.

Kawan, selamat tinggal..

Makluman kepada semua. Saudara Dzulfaridh atau lebih dikenali sebagai Payed atau Pisang(nama timangan di K10) sudah kembali ke rahmatullah semalam, 29 Jun 2009.
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan semoga beliau pergi dengan tenang. Amin.

*Gambar arwah bersama rakan-rakan kolej.

Monday, June 29, 2009

Ghetto Love

Love is actually a bond between two gang leader.

Itu aku cakap sendiri. Tak ada quote dari mana-mana. Actually, if you noticed, when two love birds get involved in a love story, they actually connects two different groups of people together? Tak faham? Okay, a simple version of explaining it is: When you are in love, your friends becomes her friends. And her friends becomes your friends. Silap-silap ada antara your friends berkapel pulak dengan her friends. Great bukan? Ya, memang great. Orang afrika utara panggil, Networking. Cikgu English aku pun pernah cakap. Life is about networking.

Ya, bila kawan dia susah, cari jugak kau. Bila kau susah. Payah sikit lah nak cari kawan-kawan dia. Bukan apa, tak mahu lah ganggu orang lain bukan? Ye lah, mak ayah aku memang ada inherit kat aku satu sifat yang unggul dari atuk nenek moyang mereka- 'Mind your own business walaupun kadang-kadang diri sendiri rasa susah sedikit sebab orang lain(panjang betul)'. Bila benda kecil-kecil tu orang kata tak payah la nak minta tolong. Tapi kadang-kadang yang masalah besar tu pun kita tak pernah minta tolong. Cuma minta tolong kirim salam sayang tu biasalah. But that is not the point. (Mesti bengang bace karangan merepek aku ni kan? Sebab susah betul nak sampai ke point sebenar)

Apa yang nak disampaikan ialah. Memang networking itu bagus. Jika dan HANYA JIKA networking itu dalam win-win situation lah. Kalau asyik kita aje yang berbudi, orang lain asyik nak merasa, maka bankraplah pakcik cina yang kasi ayam kat budak melayu yang disuruh ayah melayunya sembelih dan emak budak india itu masak kari macam dalam iklan tu. Oh, itu bukan point sebenar lagi. maaf. seribu maaf. Bukan. Sejuta kemaafan.

Networking itu bagus. HANYA BILA dua burung bercinta itu bersama. Bersatu. Menjadi satu. Emerge. Bergabung. Perkataan yang menjadi opposite bagi kedua mempelai/mempelam itu seperti berpisah. Clash. Break. Pecah. Koyak. Rabak. Remuk. Penyek. Semua tu buat hubungan diplomatik antara dua geng ghetto tersebut juga akan terbatal secara automatik. Bukan manual.
Benar. Bukan khayalan mahupun fantasi. Tapi realitinya begitu.

Bila sudah bercerai tanpa pernah berkahwin(walaupun dalam status friendster/facebook/tagged kata 'Married'(yang sebenarnya kahwin tak panggil member pun ataupun tak buat kenduri)), pasti kawan-kawan si Dia bukan lagi kawan-kawan si Engkau. Apa makna kawan sebenarnya? Ya, walau kita tahu si Dia bukan lagi milik kita(pernah ke jadi milik kita pun?), namun kawan-kawan Dia tu tak akan berkawan lagi dengan kau. Kerana kononnya engkau penyebab seribu satu masalah rumah tangga yang kawan mereka itu tanggung selama dengan kau. But the fact is, they don't even know any shit that has happend to you, or their Friend yang diorang bela habis tu. Ah, sebenarnya, they don't even give a shit pun dengan apa yang terjadi. Kawan waktu duka? Bullcrap. Kawan waktu suka ada la bang. Ingat ni fairy tale ke nak ada 7 Dwarves ke, Prince Ali ke, Jin dalam lampu ke. Kawan-kawan yang dok sumpah seranah kau tu lah yang dulu nya 'semua baik habis lah' kau untuk dia. Tapi, bila dah tak ada ikatan, kawan-kawan dia lah yang lebih-lebih.

Nak menyirap? Ha, selama ni kau cuba hafal tarikh-tarikh penting. (Yelah, kang tak hafal tarikh, buleh bawa ke peperangan dingin satu hari tiga malam pakej percutian merajuk 24jam). Kadang-kadang tarikh birthday kawan baik dia, tarikh lahir anak ulat gonggok belakang katil dia, tarikh si dia berjaya melakukan breakdance tanpa perlu goyang badan dan lain-lain. Tapi si kawan tu, bila kita dah wish birthday sebab kita anggap dia masih lagi kawan kita(walaupun dah tak kapel dengan kawan dia), langsung tak heran. Balas message pun tidak. Angkuh. Angkor Wat. Padahal, dia tak tahu pun yang tahun sebelum tu, siapa yang ajak celebrate birthday dia sama-sama? Hah. Aku lah. Jantan yang tak guna tu kan? Tak mengapa lah. Haha. Itu ke yang dipanggil future family friend? Nasib baik lah tak jadi.

Pelik kan? Tak boleh ke manusia jadi professional? Hey, kita 'bercerai' dengan si dia, bukan dengan kawan-kawan si dia kan? Tapi the fact is, bila kau break, macam-macam akan berlaku pada aftermath kejadian itu. Kawan-kawan yang ada balak ke, awek ke, (Walaupun aku bercerita lebih kepada side jantan berhalkum original.), jaga lah relationship korang tu. Dont let a simple stupid thing become the reason to let go. And friends, treat everyone fair and lovely.(sorry wat lawak bodoh). Be professional. Kawan tetap kawan eventhough dah bukan balak/awek kawan kita. Memang perit kadang-kadang terpaksa dengar cerita dua belah pihak dan kau tak mampu nak satukan balik. But the fact is, they just want to be listen to.

Last words untuk mereka yang tak nak kawan. Tak nak kawan sudah, nama kau dollah. Mata kau sebelah. Boleh blah!

Piiiiiiraah!

P/S: Entri instant aku type hari ini. Selepas tak membuat kerja 9 jam pada waktu kerja.